Dua Cara Melembutkan Hati Yang Keras
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixufQETutqG_k_XYwdOAR-R_prv_4JtZpZLJGAA7gA3Dnh3P7d8R3iIkRfjiACMfVQVAXBVUi3CsMOZNw1_TiLlldcrob4NDjgmi1TfASw6gkeKHdqLztkP_RLP1240BQIZrePsj0wdK8/s320/kajian-hati.jpg)
Hati disebut dalam bahasa Arab sebagai 'qalbu' yang merujuk kepada maksud yang luas. Qalbu beerti hati yang kita dapat lihat sebagai anggota dalaman manusia dan qalbu juga merupakan jiwa tempat letaknya perasaan. Hati sentiasa berubah dan boleh menjadi keras ataupun dalam kata lain memberi kesan buruk kepada kehidupan kita seperti susah melakukan kebaikan dan tidak boleh menerima nasihat. Hati yang telah keras ini perlu dirawat seterusnya dijaga dengan baik. Banyak cara yang telah diajar oleh agama untuk menjaga dan merawat hati. Kita sebutkan disini dua cara sahaja iaitu yang pertama dengan menyebut serta mengingat Allah . Mengingat Allah antaranya boleh melalui zikir seperti menyebut lafaz istighfar, selawat, tahlil, tahmid dan tasbih. Kita menyebut nama Allah untuk mengingati Dia. Perkara ini akan menjadikan hati kita tenang dan hati yang kotor, sakit atau keras akan menjadi baik. Selain itu, mengingat Allah boleh dilakukan dengan membaca al-Quran. Al-Quran merupaka...