Perang Hittin dan Pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al Ayyubi.
Perang Hittin merupakan perang yang berlaku pada 4 Julai 1187 melibatkan tentera Islam menentang tentera Salib. Tentera Islam diketuai oleh panglima Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi atau nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Ayub. Bagi menghadapi peperangan ini Salahuddin telah mempersiapkan seramai 12 ribu tentera terlatih (tidak termasuk tentera dari kalangan sukarelawan). Manakala tentera salib pula terdiri daripada 63 ribu tentera. Tentera salib telah mengerahkan semua kekuatan kerajaan dan ketenteraan mereka demi mempertahankan Palestin khususnya kota Baitul Maqdis yang mereka percayai tempat maqam nabi Isa.
Tentera Islam memulakan serangan dengan menyeberangi sungai Jordan menuju ke sempadan Palestin. Mereka telah mengepung tentera Salib yang sedang bertahan dari dalam. Tentera Salib akhirnya menjadi lemah kerana tidak mendapat bekalan air yang mencukupi ditambah dengan strategi Salahuddin menyuruh tenteranya membakar rumput kering supaya keadaan menjadi panas. Tentera pemanah Islam pula berterusan memanah sebagai serangan tekanan kepada tentera Salib. Akhirnya, hasil strategi berkesan tentera Salib berjaya ditawan. Seramai 30 ribu tentera Salib telah terbunuh dan 30 ribu lagi telah berjaya ditawan termasuk beberapa raja wilayah Salib di Palestin. Tentera Islam telah membawa tawanan Salib dengan megah dan peristiwa ini turut disaksikan oleh petani-petani Kristian penduduk Palestin.
''Sebahagian riwayat menyatakan belum ada peristiwa yang benar-benar memperlihatkan kemuliaan (izzah) Islam dan umatnya seperti yang terjadi dalam peperangan Hittin sehingga mampu menghapuskan pengikut kebatilan. Keajaiban seperti ini hanya berlaku semasa zaman sahabat''.
Peperangan Hittin merupakan peperanagan terakhir dalam sejarah Islam Palestin. Kemenangan ini juga telah membuka peluang kepada tentera Islam untuk mengusai Palestin sepenuhnya. Dalam tempoh beberapa hari sahaja tentera Islam telah menawan wilayah-wilayah Akka, Nashira, Shafuriyyah, Khaisariyyah dan sebelas wilayah lain kawasan sempadan. Seterusnya kawasan selatan dan utara Palestin pula ditawan iaitu hampir keseluruhan. Lima puluh wilayah besar di Palestin telah berjaya dibuka dalam tempoh lebih kurang dua bulan.
Tentera Islam meneruskan misi dengan membuka kota Baitul Maqdis (Palestin Timur) yang dalamnya terdapat masjid al-Aqsa. Namun, tentera Salib yang masih ada di sana enggan menyerahkan kota tersebut dengan mudah. Setelah berlaku beberapa serangan tentera Salib akhirnya ingin menyerah kalah. Pada mulanya Salahuddin enggan berdamai namun setelah menerima pendapat dari sahabat-sahabat beliau bersetuju. Tambahan pula pihak musuh Islam mengugut untuk membunuh wanita Kristian, tentera Islam yang ditawan dan merosakkan masjid al Aqsa.
Pada 2 Oktober 1187M/ 28 Rejab 583 H, orang Islam kembali menawan Baitul Maqdis iaitu selepas 91 tahun menurut tahun Hijrah dan 88 tahun menurut tahun Masihi. Salahuddin telah meletakkan mimbar beliau yang telah disiapkan selama 20 tahun sebelum peristiwa pembebasan ini. Salahuddin al Ayubi terkenal sebagai seorang raja atau panglima yang bijak, merendah diri dan memperbanyakkan solat sunat.
Mohd Hanif Ismail : Sejarah Baitul Maqdis
https://www.britannica.com/event/Battle-of-Hattin

Comments
Post a Comment