Sejarah Perjalanan Panjang Anggota Rejimen Ke 10 PKM

Mungkin ramai yang tidak mengetahui anggota Melayu PKM telah melakukan perjalanan yang jauh dan mencabar menerusi hutan tebal semenanjung  Malaysia. Perjalanan ini mengambil masa setahun empat bulan melalui jalan hutan pada tahun 1953. Pasukan ini dikenali sebagai Hang Jebat yang diketuai oleh Abdullah CD. Perjalanan ini bermula dari Semantan, Pahang dan berakhir di kampun Hala, Thailand. Peristiwa ini merupakan antara perjuangan panjang PKM terutama dari Rejimen Ke 10 dalam menuntut kemerdekaan untuk tanah air.

Tokoh-tokoh pemimpin dari pasukan ini adalah Abdullah CD, Abu Samah, Suriani Abdullah, Rashid Maidin dan Rosli. Kesemua pemimpin ini yang sempat ditemui menjawab secara konsisten bahawa tempoh perjalanan mereka selama setahun empat bulan. Sebenarnya perjalanan ini terbahagi kepada tiga peringkat.

Peringkat Pertama

Dari Semantan mereka telah masuk ke hutan di Bentong seterusnya ke Raub dan berhenti di Jerkoh. Perjalanan dari Semantan ke Jerkoh telah mengambil masa selama dua bulan lapan belas hari. Perjalanan ini terhenti di Jerkoh sebenarnya kerana mereka telah terputus bekalan makanan. Penduduk kampong sekitar hutan yang memberi bantuan makanan telah dipindahkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu ke kawasan yang lebih jauh dari hutan. Anggota PKM dari Rejimen Ke 10 ini terpaksa memakan daun-daun liar dalam hutan dan meminum air dari akar-akar pokok.

Peringkat Kedua

Seterusnya, dari Jerkoh mereka meneruskan perjalan sehingga berhenti di Cameron Highland. Perjalanan kali ini lebih mencabar kerana terpaksa melalui hutan-hutan tropika dan tiada penempatan manusia.  Apabila tiba di tebing Sungai Jelai iaitu Ulu Sungai Pahang regu pemburu dari Rejimen Ke 10 telah berjaya menangkap seekor seladang besar. Mereka telah berhenti disitu beberapa hari untuk mengurus daging sebagai bekalan makanan dalam perjalanan seterusnya.

PKM khususnya Rejimen Ke 10 mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang asli yang mereka singgah sepanjang perjalanan. Orang asli juga memberi bekalan sekoi dan jagung kepada mereka. Pada 15 Oktober 1953 pasukan keselamatan kerajaan British telah melakukan serangan udara keatas kampung orang yang asli yang diketahui terdapat pasukan Rejimen Ke 10 secara besar-besaran. Orang asli dan Rejimen Ke 10 telah berlindung di bahagian gunung dan selepas beberapa hari PKM telah melakukan serangan balas keatas pos keselamatan British. Menurut Abdullah CD dalam buku bibliografinya, serangan tersebut merupakan serangan udara terbesar dilakukan oleh kerajaan British dalam sejarah peperangan di Malaya.

Peringkat Ketiga

Seterusnya pada perjalanan mereka diteruskan dari Cameron Highland ke Ulu Kinta yang berdekatan dengan sempadan Ulu Kelantan. Hubungan orang asli dengan Rejimen Ke 10 sangat rapat kerana orang asli menyokong perjuangan mereka. Buktinya, Rashid Maidin telah diberi gelaran datuk oleh ketua orang asli. Akhirnya dari Ulu Kinta mereka merentasi hutan menuju ke sempadan negara dan sampai di Kampung Hala di Yala, Thailand. Mereka tiba di sana pada 7 oktober 1954. Tibanya pasukan Hang Jebat dari Rejimen Ke 10 di kampung Hala beerti selesailah pengunduran strategik mereka yang telah mengambil masa satu tahun empat bulan dan mereka telah menjelajah hampir separuh dari semenanjung Malaysia. Selain ketabahan anggota Rejimen Ke 10 peranan orang asli turut membantu menjayakan perjalan jauh ataupun the long march ini. 




Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Ringkas Kekuasaan Bani Israel Ke Atas Palestin

Perang Hittin dan Pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al Ayyubi.