Sejarah Ringkas Kekuasaan Bani Israel Ke Atas Palestin


Kita mulakan sejarah kekuasaan bani Israel ke atas Palestin dengan kedatangan bani Israel bersama dengan nabi Musa ke tanah yang dijanjikan ini (Palestin). Setelah nabi Musa dan pengikut baginda iaitu bani Israel telah berjaya melepasi laut Merah yang terbelah kerana mukjizat baginda mereka sampai ke sempadan negara Palestin yang ketika itu dikenali sebagai bumi Kan’an. Nabi Musa mengarahkan pengikut-pengikut baginda untuk menyerang kaum Kan’an dan ini adalah perintah Allah. Perkara ini kerana disitulah tanah yang akan dijadikan tempat tinggal bagi bani Israel. Namun bani Israel tersebut tidak berani untuk menentang kaum Kan’an kerana kaum Kan’an adalah bangsa yang kuat. Setengah pendapat mengatakan kaum tersebut dikenali sebagai kaum Hitti. Keengganan bani Israel ini telah disebut dalam surah al-Maidah ayat 24. HAMKA telah menghuraikan lebih lanjut sejarah ini dalam kitab tafsir beliau tafsir al-Azhar juz 6.

Jadi, apabila bani Israel enggan untuk mematuhi perintah nabi Musa mereka telah dihukum sesat di gurun pasir selama 40 tahun. Maka mereka tinggal di gurun dan tidak tahu untuk pergi kemana. Setelah kewafatan nabi Musa bani Israel telah dipimpin oleh bekas pengikut baginda iaitu Yusya’ bin Nun. Yusya’ telah dilantik menjadi seorang nabi dan baginda juga dikenali sebagai nabi Yoshua. Yusya’ bin Nun bersama dengan generasi kedua iaitu anak-anak kepada bani Israel yang bersama nabi Musa semasa merentasi laut Merah yang terbelah dan diperintah untuk menyerang kaum Kan’an telah kembali untuk menentang bangsa yang kuat tersebut. Lalu kemenangan berpihak kepada bani Israel yang dipimpin oleh nabi Yusya’. Ketika inilah berlaku peristiwa yang disebut dalam hadis Rasulullah bahawa matahari telah ditahan daripada terbenam.

Setelah itu bani Israel di bumi Palestin telah dipimpin oleh para hakim.  Zaman ini dikenali dengan zaman para hakim. Setelah lama masa berlalu salah seorang hakim ini telah menjadi pemerintah raja yang kejam. Hiduplah bani Israel dalam keadaan kesusahan dan ditindas. Pada ketika itu terdapat seorang nabi dalam kalangan bani Israel iaitu nabi Samuel. Dalam kalangan bani Israel terdapat ramai nabi yang tidak wajib dipercayai oleh orang  Islam yang akan kita ceritakan dalam penulisan yang lain. Nabi Samuel telah menerima barang peninggalan iaitu tongkat nabi Musa dan trumpet tanduk. Dalam trumpet ini diisi dengan minyak dan minyak tersebut akan bergelegak apabila berdekatan dengan seorang pemuda yang akan dilantik menjadi pemimpin baru bagi bani Israel dan mengembalikan kegemilangan mereka. Pemuda tersebut juga mempunyai ketinggian yang sama dengan tongkat nabi Musa.

Kita ringkaskan, datang seorang pemuda menemui nabi Samuel untuk bertanya tentang kambing atau biri-biri peliharaannya yang hilang. Minyak dalam trumpet tersebut bergelegak dan pemuda tersebut sama tinggi dengan tongkat nabi Musa. Peristiwa ini boleh juga kita dengar melalui ceramah Ustaz Auni Mohammad.  Akhirnya pemuda ini diangkat sebagai raja bani Israel, beliau bernama Thalut. Raja Thalut telah mengerahkan seangkatan perang untuk menentang Jalut beserta tenteranya. Panglima bagi tentera Thalut adalah nabi Daud. Setelah memenangi peperangan tersebut dan sampai masa kematian Thalut, nabi Daud telah dilantik menjadi raja bagi bani Israel. Setelah kewafatan nabi Daud baginda telah diganti oleh Nabi Sulaiman. Inilah zaman kegemilangan pemerintahan bani Israel di Palestin.

Selepas kewafatan nabi Sulaiman kerajaan bani Israel atau orang Yahudi di Palestin berpecah dua. Zaman ini dikenali sebagai zaman perpecahan. Kita ringkaskan, satu kerajaan dikenali sebagai kingdom of Israel satu lagi dikenali sebagai kingdom of Yahudi. Kerajaan Israel telah ditawan oleh Raja Nebuchadnezzar II (589M). Raja Nebuchadnezzar  telah membunuh orang-orang Yahudi dan penduduk asal Palestin. Menyebabkan orang Yahudi atau bani Israel telah lari ke merata tempat antaranya ke Mesir. Raja Nebuchadnezzar adalah raja dari kerajaan Babylon. Sampai satu masa Babylon telah ditawan oleh raja Parsi iaitu Raja Cyrus. Perkara ini menyebabkan Palestin juga telah jatuh ke bawah kekuasaan Parsi iaitu selama 400 tahun. Dalam zaman inilah dua orang nabi telah dibunuh iaitu nabi Yahya dan juga nabi Zakaria juga pembunuhan telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi iaitu bani Israel sendiri. Bani Israel satu bangsa yang membunuh para nabi. Peristiwa ini berlaku semasa pemerintahan raja yang terkenal zalim iaitu raja Hordus atau Herod.

Kemudian kerajaan yang satu lagi iaitu kerajaan Yahudi. Kita ulang sedikit semasa zaman raja Hordus dia telah memusnahkan tempat beribadat orang Yahudi. Sehinggakan semua tempat ibadat orang Yahudi musnah yang tinggal hanyalah ‘tembok peratapan’. Orang Yahudi telah melarikan diri ke merata tempat. Baik, berbalik kepada kerajaan Yahudi tadi telah dikuasai oleh kerajaan Rom melalui penaklukan raja Titus ataupun ada pendapat mengatakan raja Alexander the Great. Semasa dibawah kekuasaan Rom inilah lahirnya nabi Isa juga kepada bani Israel iaitu di Palestin. Bagi orang-orang yang mengikuti nabi Isa menjadi orang Nasrani manakala yang tidak mempercayai baginda menjadi orang Yahudi. Akhirnya nabi Isa diangat ke langit menurut kepercayaan Islam dan bagi orang Kristian nabi Isa dibunuh dahulu sebelum naik ke langit iaitu selepas tiga hari dikebumikan. Sejarah ini panjang untuk dinukilkan disini.

Sehinggalah Khalifah Umar al Khattab telah menakluk Palestin pada tahun 838M. Kerajaan Islam telah menguasai Palestin atau Baitul Maqdis selama 1200 tahun manakala bani Israel atau orang Yahudi menguasai selama 400 tahun. Kita kecualikan zaman perebutan iaitu semasa Perang Salib selama 90 tahun. Orang Kristian telah menguasai juga Palestin semasa zaman perebutan ini. Itupun kita nyatakan sedikit di sini bani Isarel yang disebut dalam Bible bukanlah orang yahudi yang ada hari ini yang menubuhkan negara Israel itu. Menurut seorang penulis terkenal Arthur Costler mereka ini berasal dari wilayah Kaukasus yang berada di sempadan Russia. Boleh dikatakan sekiranya Yahudi hari ini ingin kembali ke kampung halaman mereka bukannya ke Palestin tetapi ke Russia. Penduduk Palestin yang ada hari ini merupakan penduduk asal dari kaum Kan’an yang kita sebut awal tadi dan mereka telah memeluk agama Islam apabila penaklukan Khalifah Umar.


Comments

  1. Penulis ini adalah seorang yang berilmu tinggi melalui penulisannya.. mungkin boleh dipanggil auni junior

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan..mudah-mudahan dipanjangkan usia penulis untuk terus berkongsi penulisan sebegini.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Perjalanan Panjang Anggota Rejimen Ke 10 PKM

Perang Hittin dan Pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al Ayyubi.