Darurat di Kelantan: Sudut Pandang Demokrasi
Pada 9 Nov 1977 sehingga 12 Feb 1978, demokrasi di Kelantan
telah disalahi walaupun pada asasnya masih dalam aturan demokrasi itu sendiri.
Lebih mudah amalan demokrasi di Kelantan telah tergantung dalam tempoh tersebut.
Perkara ini juga adalah hasil daripada peristiwa rusuhan yang berlaku di
beberapa tempat di Kelantan walaupun perintah berkurung telah dilaksanakan.
Pada 8 Nov 1977 telah berlansung perbahasan di Dewan Rakyat bagi meluluskan
Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat ( Kelantan) 1977. Dua usul telah
dibahaskan dalam sidang ini yang dibacakan oleh YAB Tun Hussien Onn (perdana
menteri ke-3). Antara kandungan ucapan beliau ketika itu adalah kerajaan perlu
mementingkan keamanan dan kedamaian negeri Kelantan serta rakyat-rakyat. Beliau
menegaskan untuk meletakkan kepentingan politik dan kekuasaan. Perlu diingat
pada tahun 1948 telah berlaku pencerobohan Komunis di Gua Musang bermula dengan
serangan balai polis di sana. Komunis pernah mengisytihar Gua Musang sebagai Republik Komunis.
Rang Undang-Undang ini telah dibahas dan disokong oleh
beberapa YB yang bangkit. Tokoh-tokoh terbabit termasuklah YDPA Pas Asri Muda,
YB Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir (selaku Timbalan Perdana Menteri ketika
itu). Ada sokongan dari YB terhadap Datuk Muhammad Nasir dikekalkan sebagai Menteri
Besar Kelantan dan yang lain menyokong
dilaksanakan undi tidak percaya.
![]() |
Lebih 5000 anggota Polis dikerahkan sebelum pengisytiharan darurat. |
Akhirnya, Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan)
diluluskan kerana mendapat sokongan daripada 118 YB berbalas 18 yang menentang.
Ketika inilah penulis berpendapat demokrasi tergantung di Kelantan dan negeri ini
di bawah kekuasaan pemerintahan kerajaan pusat. Namun, pada 11 Mac 1978
pilihanraya negeri Kelantan telah diadakan iaitu lebih awal daripada PRU Umum. Rakyat Kelantan telah keluar mengundi dan memilih menteri besar mereka. Bermula ini
jugalah demokrasi telah kembali semula ke Kelanta kerana rakyat telah diberi hak untuk memilih
pemimpin mereka.
http://manzaidiamn.blogspot.my/
Abdullah Zakaria Ghazali – Darurat di Kelantan 1948-1960 :
Pengalaman dan Iktibar
Comments
Post a Comment