Khalifah Islam Membuka Kota Baitul Maqdis
Sebenarnya penaklukan Islam ke atas Palestin khususnya
Baitul Maqdis telah dimulakan oleh nabi Muhammad lagi. Nabi Muhammad telah
menghantar ekpedisi ketenteraan yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid ke wilayah
Yubna dan Usdud di Palestin. Namun, semasa dalam perjalanan tentera Usamah
telah mendengar khabar tentang kewafatan nabi Muhammad lalu mereka berhenti di
satu tempat yang bernama al Jurf.
Abu Bakar as Siddiq telah dilantik menjadi khalifah
menggantikan nabi Muhammad. Khalifah Abu Bakar telah memrintahkan ekspedisi
ketenteraan tersebut diteruskan. Walaupun terdapat pendapat yang keika itu
merasakan lebih baik untuk pulang dan membatalkan ekspedisi tersebut. Tentera
Usamah telah bejaya memerangi dan menghalau Rom daripada sebahagian wilayah
Palestin.
Pada 635M/14H Khalifah Abu Bakar telah menghantar beberapa
panglima Islam untuk meluaskan agama Islam ke tempat-tempat yang masih dikuasai
oleh kerajaan bukan Islam seperti Mesir, Parsi dan Rom. Jadi Khalid bin al Walid
telah dihantar ke Syam Syria manakala Amru al Ash telah dihantar ke Palestin.
Kita ringkaskan Amru telah berjaya membuka Palestin dan menjadikan daerah
Asqalan sebagai ibu negeri. Kecuali dua daerah yang masih belum Berjaya ditawan
iaitu Qaisiryyah dan Baitul Maqdis.
Selepas jawatan khalifah diganti oleh Umar al Khattab beliau
telah mengarahkan Amru al Ash untuk menguasai sepenuhnya Palestin. Wilayah
Qaisiryyah dan Baitul Maqdis sukar untuk dikuasai kerana kawasan ini
dikelilingi kawasan berbukit serta tembok yang dibina sepanjang kota. Amru al
Ash bersama tentera Islam telah mengepung Baitul Maqdis selama empat bulan
tanpa henti. Amru telah mendapat pertolongan daripada seorang lagi panglima
Islam yang bernama Abu Ubaidah al Jarrah.
Akhirnya penduduk Baitul Maqdis tidak mempunyai cara lain
selain menyerah diri dan mereka telah mencadangkan untuk berdamai dan meminta
Khalifah Umar sendiri datang menerima kunci kota Baitul Maqdis. Pada tahun
1638M/17H Khalifah Umar telah menerima kunci kota Baitul Maqdis daripada ketua
paderi Kristian yang bernama Safranues. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk
tidak membenarkan orang Yahudi menetap di Palestin.
Kata-kata Umar yang terkenal :
Kita adalah kaum yang dimuliakan kerana Islam, maka tidaklah kita akan
mencari kemuliaan yang selainnya.
Comments
Post a Comment