Luar Biasa Solat

Pembaca yang budiman, solat adalah luar biasa juga suatu keajaiban yang ada pada kita. Setiap orang di dunia hari ini mengharapkan keajaiban dalam hidupnya. Apabila Rasulullah ingin berperang dalam perang Badar yang mana Badar suatu tempat yang terletak lebih kurang seratus kilometer lebih dari Madinah. Namun Badar bukanlah tempat yang terletak antara perjalanan Mekah menuju ke Madinah. Apabila sampai di Badar, para sahabat membina tempat solat untuk baginda. Pada malam peperangan Badar Rasulullah sembahyang sepanjang malam sehingga saidina Abu Bakar as Siddiq naik ke tempat solat baginda dan meminta baginda berhenti. Lamanya baginda berdiri, rukuk dan sujud menyebabkan saidina Abu Bakar kesian dan risau akan baginda Nabi Muhammad, namun tetap diteruskan oleh baginda. Akhirnya, Rasulullah berhenti dan berdoa dengan doa penghabisan dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah. Intipati doa tersebut seakan begini, “ya Allah seandainya Engkau memberi kekalahan kepada tentera ini sesungguhnya selepas ini tidak akan ada manusia yang akan menyembahMu”.

Selepas subuh, dan keadaan hari pun telah cerah Allah telah mewahyukan kepada Rasulullah dengan satu wahyu yang ajaib. Rasulullah di pagi itu boleh menunjukkan dengan tepat tempat kematian musuh-musuh Islam ketika itu. Rasulullah menunjukkan tempat mati Abu Jahal, Umaiyah, Ukhbah, Syaibah, Rabiah dan Amru bin Abdul Wud. Selepas perang Badar ada sahabat yang bersama mengatakan selepas diperhatikan tempat kematian orang-orang yang disebut oleh baginda adalah tepat. Kemenangan telah dikhabarkan sebelum ianya berlaku.

Apabila kita meneliti sejarah Salahuddin al Ayubi, kita dapati beliau seorang yang banyak solat. Beliau adalah panglima Islam yang membuka kota Baitul Maqdis. Paus Urban II telah memanggil raja-raja Eropah untuk bergabung  dan melawan Salahuddin agar dapat merampas kembali Baitul Maqdis. Raja Jerman, Frederick Berbarossa, Raja England Richard the Lion Heart, termasuk raja Hungary, raja Perancis datang untuk menentang Salahuddin. Raja-raja Eropah ini memiliki tentera yang hebat sedangkan Salahuddin ada Allah. Salahuddin setiap malam solat dan berdoa kepada Allah. Dicatat dalam sejarah tentera dan raja Berbarossa sesat di jalan lautan, terdapat tentera Salib yang mati dalam pelayaran dan putus asa patah balik ke negara mereka. Kecuali tinggal raja Richard sahaja yang sampai.  Selepas tiga kali percubaan serangan raja Richard gagal dan membuat pengunduran.

Ada satu kisah semasa pemerintahan Khalifah Uthman ibn Affan. Seorang rakyat datang kepada khalifah untuk sesuatu keperluan. Apabila berhadapan dengan khalifah dan menyatakan keperluannya khalifah mendengar dan dia balik lalu khalifah menguruskan urusan negara yang lain. Lalu orang itu ditegur oleh seorang yang berada disitu dan mengajarkannya untuk solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Apabila pulang ke rumah dia melakukan seperti yang diajar dan datang kembali bertemu dengan Saidina Uthman Zun Nurain. Apabila melihat  orang ini khalifah terus memanggilnya dan mendengar keperluan hajatnya lalu meminta wazir menguruskan urusan orang itu. Orang yang sama, hajat yang sama pada khalifah yang sama tetapi apabila dia minta kepada Allah maka Allah memudahkan urusannya.

Tulisan ini kita salinkan daripada ceramah tuan mufti Wilayah, Dato Dr Zulkifli Mohammad al Bakri. Dr Aidh al Qarni ada memetik kata-kata Ismail Menk (Mufti Zimbabwe) yang ditulis dalam buku beliau La Tahzan ( Jangan Bersedih ) iaitu penyelesaian kepada masalah adalah antara dahi dan tempat sujud. Solat dan berdolah kemudian segala usaha anda menjadi lebih mudah.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perjalanan Panjang Anggota Rejimen Ke 10 PKM

Sejarah Ringkas Kekuasaan Bani Israel Ke Atas Palestin

Perang Hittin dan Pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al Ayyubi.