Perang Salib Pertama (1095-1270)

Apabila kerajaan Abbasiyah semakin merosot dan Baghdad sudah tidak menjadi pusat pemerintahan lagi, muncul kekuatan baru iaitu kerajaan Seljuk Turki. Pada abad ke-11, kerajaan Turki telah menguasai kembali wilayah-wilayah Islam di Asia Barat seperti Syria dan Mesir. Setelah menjatuhkan kerajaan Fatimiah yang telah menguasai wilayah Palestin terutama Palestin Timur, Jerusalem, kerajaan Turki mengambil alih kekuasaan keatas wilayah tersebut. Orang-orang Kristian telah merasa terganggu untuk melawat  tanah suci mereka, Jerusalem. Rakyat Kristian juga telah mengadakan cerita tentang layanan buruk yang mereka terima daripada kerajaan Turki semasa melawat tanah suci mereka.

Raja Byzantine, Alexius Commenus merasakan kedudukannya terancam kerana khuatir kerajaan Turki yang telah menguasai Jerusalem merampas kedudukan beliau di kota Constantinople. Menggunakan kedudukan Jerusalem sebagai tanah suci bagi orang Kristian Alexius telah menyeru orang Kristian untuk bangkit mermpas kembali Jerussalem. Seruan ini telah disahut oleh Pope Urban II yang telah mengadakan perjumpaan di Clermont, Perancis. Pope Urban II membuat perjumpaan dengan ketua-ketua gereja dan golongan atasan dari kalangan pemimpin zaman pertengahan di Eropah. Hasilnya, Pope Urban II telah mengisytiharkan perang Salib yang kita sebut sekarang ini sebagai perang Salib Pertama.

Pope Urban II menjadikan agama sebagai tujuan utama pelancaran perang ini selain memastikan kedudukan beliau sebagai ketua agama Kristian semakin kukuh. Pope Urban II juga berhasrat untuk meluaskan pengaruh gereja ke bahagian timur bahkan menjadi ketua gereja dunia. Ekspedisi peperangan kali ini dimonopoli oleh tentera knight yang merasa mereka perlu berjuang untuk agama Kristian dengan membawa lambang salib. Angkatan tentera salib terdiri daripada 30000 orang dan 4200 hingga 4500 orang tentera berkuda.

Angkatan Salib mula menguasai Antioch iaitu kawasan utara Syria dan akhirnya pada 1099 mereka menguasai Jerusalem di Palestin. Orang yang pertama dilantik sebagai ketua di Jerusalem adalah Godfrey of Bouillon seterusnya pengganti beliau menggunakan gelaran king of Jerusalem. Wilayah kekuasan Salib kali ini bermula dari selatan Palestin ke sepanjang pantai Syria iaitu bahagian barat dan timur. Wilayah ini telah dibahagikan kepada empat iaitu wilayah Jerusalem, wilayah Tripoli yang diketuai oleh Raymond of Tonlense, Antiouch yang diketuai oleh Bohemond dan Edessa yang diketuai oleh Baldwin I.

Perang Salib pertama melihatkan kejayaan tentera knight yang bermatian memastikan Jerusalem dikembalikan kepada mereka. Kita melihat walaupun agama adalah tujuan utama pope, tentera knight dan bangsawan barat namun ekonomi juga adalah tujuan sampingan ekspedisi ini. Pertambahan penduduk di Eropah dan wilayah Byzantine memerlukan percambahan ekonomi bagi menampung peningkatan keperluan. Wilayah timur pula diketahui dunia mempunyai hasil ekonomi yang banyak untuk memenuhi keperluan tersebut.




Wan Abdul Rahman Latiff, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Perjalanan Panjang Anggota Rejimen Ke 10 PKM

Sejarah Ringkas Kekuasaan Bani Israel Ke Atas Palestin

Perang Hittin dan Pembebasan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al Ayyubi.