Pesanan Keamanan dari John Lennon
John Lennon dilahirkan pada 9 oktober 1940 di Liverpool, England. Lennon telah berjumpa dengan Paul McCartney dan mengajak untuk bersama dalam kumpulan muziknya. Mereka telah menjadi penulis lirik yang berjaya dalam sejarah muzik dunia. Lennon meninggalkan kumpulan the Beatles pada 1969 kemudian menerbitkan album bersama isterinya, Yoko Ono. Pada 8 december 1980 Lennon telah dibunuh oleh peminat fanatik beliau yang bernama Mark David Chapman.
Semasa bergerak solo, Lennon telah menghasilkan lagu yang berpengaruh. Lagu-lagu beliau imagine, give peace a chance dan happy xmas (war is over) telah membuka mata masyarakat dunia kearah keamanan dan mentang keganasan. Walaupun kita tidak mengatakan Lennon mengubah dunia namun lagu beliau diakui memberi pengaruh tersendiri. Keamanan adalah impian Lennon sejak kecil. Perkara ini disebabkan juga oleh latar belakang beliau yang membesar semasa serangan udara Jerman dalam Perang Dunia 2.
Dalam lagunya Lennon mahukan sebuah dunia tanpa keganasan dan menolak serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat keatas Vietnam dalam perang Vietnam 1955. Presiden Amerika Syarikat yang ke-37, Nixon Richard pernah mengatakan bahawa dia dan isterinya telah melawat ke beberapa negara Eropah dan mendapati lagu Lennon telah dipasang serta didengari seperti lagu kebangsaan bagi sebuah negara.
Pesanan-pesanan Lennon yang terkenal adalah seperti:
- Bayangkan dunia dimana semua orang tinggal dalam keamanan. Anda mungkin mengatakan saya hanya bermimpi tetapi sebenarnya ini bukan hanya impian saya seorang sahaja. Ramai orang di dunia ini mengharapkannya.
- Jika anda memendamkan impian anda maka ianya akan kekal sebagai impian. Jika anda menyatakannya impian itu akan jadi realiti.
- Kita harus isytiharkan keamanan seperti kita sentiasa isytiharkan perang.
- Keamanan bukan sesuatu yang hanya diharapkan tetapi sesuatu yang perlu diusahakan.
Lagu imagine meluahkan pesanan Lennon iaitu dunia yang aman dan tanpa perang. Lagu ini telah dipilih sebagai lagu ketiga terbaik sepanjang masa oleh majalah Rolling Stone pada tahun 2004. Walaupun Lennon terlibat dengan kontroversi apabila mengatakan beliau lebih dikenali berbanding Tuhan (Jesus, menurut kepercayaan Kristian) tetapi kempen keamanan beliau dikagumi. Kita berpendapat tujuan beliau ketika itu adalah memberi sindiran kepada orang-orang yang mengguna agama dan gereja untuk kepentingan peribadi. Sehingga hari ini John Lennon dan lagu-lagunya diingati sebagai ramuan keamanan terutamanya dalam kempen menghentikan perang di Vietnam.
Pada 1980, John Lennon kembali ke dunia muzik dengan melancarkan album double fantasy. Selepas beberapa minggu pelancaran album terbarunya ini, Lennon telah ditembak beberapa kali di hadapan apartmen beliau di komplek bandar New York oleh peminat beliau Mark David Chapman. Lennon meninggal dunia di hospital Roosevelt, New York pada usia 40 tahun.
Comments
Post a Comment