Saat Dirimu Dihina
Kita menyaksikan zaman di mana ulama – ulama yang berjasa besar dihina. Akibat perbezaan dalam masalah cabang mereka dihukum berat. Mungkin tanpa sedar kita membakar kelambu kerana gigitan nyamuk. Siapa yang suka dihina, dikritik dan dipandang hina? Mungkin ada orang yang baik menjaga dirinya dari mengata, menghina dan memandang serong kepada orang lain. Namun dapatkah dia mengelak dari dihina? Difitnah? Sangkaan buruk manusia?
Mungkin tulisan ini dapat dijadikan sedikit renungan jika kita telah difitnah atau kata-kata manusia telah mengguris hati kita. Jangan ikutkan kemarahan dan usah dilayan kesedihan. Dr Aidh Abdullah al Qarni dalam bukunya la tahzan mengatakan hidup ini terlalu singkat untuk menangisi masa lalu dan risau akan masa depan. Nikmatilah hari ini iaitu realiti hidup kita sekarang.
Ulama seperti Imam Ahmad dituduh dengan tuduhan yang tidak sepatutnya. Para sahabat Nabi dihina bahkan ada yang dikafirkan. Nabi Muhammad juga dihina dan digelar dengan gelaran buruk. Bahkan Allah yang Maha Mulia dituduh mempunyai anak dan berapa ramai manusia yang tidak berpuas hati dengan ketetapan yang Allah tetapkan kepadanya. Tetapi Allah tetap memberi rezeki dan kehidupan kepada semua mahklukNya.
Lalu siapa kita? Pedulikan kata-kata manusia yang kita rasa tidak membantu usaha kejayaan kita dalam kehidupan dunia akhirat dan ibadat kita kepada Allah.

Comments
Post a Comment