Posts

Dua Cara Melembutkan Hati Yang Keras

Image
Hati disebut dalam bahasa Arab sebagai 'qalbu' yang merujuk kepada maksud yang luas. Qalbu beerti hati yang kita dapat lihat sebagai anggota dalaman manusia dan qalbu juga merupakan jiwa tempat letaknya perasaan. Hati sentiasa berubah dan boleh menjadi keras ataupun dalam kata lain memberi kesan buruk kepada kehidupan kita seperti susah melakukan kebaikan dan tidak boleh menerima nasihat. Hati yang telah keras ini perlu dirawat seterusnya dijaga dengan baik. Banyak cara yang telah diajar oleh agama untuk menjaga dan merawat hati. Kita sebutkan disini dua cara sahaja iaitu yang pertama dengan menyebut serta mengingat Allah . Mengingat Allah antaranya boleh melalui zikir seperti menyebut lafaz istighfar, selawat, tahlil, tahmid dan tasbih. Kita menyebut nama Allah untuk mengingati Dia. Perkara ini akan menjadikan hati kita tenang dan hati yang kotor, sakit atau keras akan menjadi baik. Selain itu, mengingat Allah boleh dilakukan dengan membaca al-Quran. Al-Quran merupaka...

Jangan Berhenti Berdoa

Doa adalah permohonan seorang hamba kepada Allah bagi meminta pertolongan, kasih sayang dan keampunan-Nya. Doa juga sebenarnya hubungan seorang muslim dengan Allah dimana semakin kerap kita berdoa maka sebenarnya kita semakin dekat dengan Allah. Seorang yang tinggi nilai dan kualiti ketakwaan pasti suka bermunajat dan berdoa kepada Allah setiap masa terutama di waktu qiyamullail. Sangat ajaib hidup orang bertakwa kerana doa sentiasa disisi mereka sehingga kehidupan mereka penuh berkat dan bahagia, ketenangan dalam hati ibarat mendapat syurga di dunia ini. Namun, masih ramai yang berputus asa untuk berdoa dengan menyangka doa mereka tidak dimakbulkan. Sebenarnya kita telah tertipu dengan sikap negatif sendiri. Allah SWT menerima permohonan doa daripada syaitan sedangkan kita tahu syaitan adalah makhluk terkutuk. Jika dibanding dengan kita, syaitan lebih dibenci oleh Allah sedangkan Allah malu seandainya hamba-Nya menadah tangan berdoa tetapi Dia tidak menerimanya. Syaitan telah memo...

Perang Salib Pertama (1095-1270)

Apabila kerajaan Abbasiyah semakin merosot dan Baghdad sudah tidak menjadi pusat pemerintahan lagi, muncul kekuatan baru iaitu kerajaan Seljuk Turki. Pada abad ke-11, kerajaan Turki telah menguasai kembali wilayah-wilayah Islam di Asia Barat seperti Syria dan Mesir. Setelah menjatuhkan kerajaan Fatimiah yang telah menguasai wilayah Palestin terutama Palestin Timur, Jerusalem, kerajaan Turki mengambil alih kekuasaan keatas wilayah tersebut. Orang-orang Kristian telah merasa terganggu untuk melawat  tanah suci mereka, Jerusalem. Rakyat Kristian juga telah mengadakan cerita tentang layanan buruk yang mereka terima daripada kerajaan Turki semasa melawat tanah suci mereka. Raja Byzantine, Alexius Commenus merasakan kedudukannya terancam kerana khuatir kerajaan Turki yang telah menguasai Jerusalem merampas kedudukan beliau di kota Constantinople. Menggunakan kedudukan Jerusalem sebagai tanah suci bagi orang Kristian Alexius telah menyeru orang Kristian untuk bangkit mermpas kembali ...

Luar Biasa Solat

Pembaca yang budiman, solat adalah luar biasa juga suatu keajaiban yang ada pada kita. Setiap orang di dunia hari ini mengharapkan keajaiban dalam hidupnya. Apabila Rasulullah ingin berperang dalam perang Badar yang mana Badar suatu tempat yang terletak lebih kurang seratus kilometer lebih dari Madinah. Namun Badar bukanlah tempat yang terletak antara perjalanan Mekah menuju ke Madinah. Apabila sampai di Badar, para sahabat membina tempat solat untuk baginda. Pada malam peperangan Badar Rasulullah sembahyang sepanjang malam sehingga saidina Abu Bakar as Siddiq naik ke tempat solat baginda dan meminta baginda berhenti. Lamanya baginda berdiri, rukuk dan sujud menyebabkan saidina Abu Bakar kesian dan risau akan baginda Nabi Muhammad, namun tetap diteruskan oleh baginda. Akhirnya, Rasulullah berhenti dan berdoa dengan doa penghabisan dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah. Intipati doa tersebut seakan begini, “ya Allah seandainya Engkau memberi kekalahan kepada tentera ini sesung...

Sejarah Perjalanan Panjang Anggota Rejimen Ke 10 PKM

Image
Mungkin ramai yang tidak mengetahui anggota Melayu PKM telah melakukan perjalanan yang jauh dan mencabar menerusi hutan tebal semenanjung  Malaysia. Perjalanan ini mengambil masa setahun empat bulan melalui jalan hutan pada tahun 1953. Pasukan ini dikenali sebagai Hang Jebat yang diketuai oleh Abdullah CD. Perjalanan ini bermula dari Semantan, Pahang dan berakhir di kampun Hala, Thailand. Peristiwa ini merupakan antara perjuangan panjang PKM terutama dari Rejimen Ke 10 dalam menuntut kemerdekaan untuk tanah air. Tokoh-tokoh pemimpin dari pasukan ini adalah Abdullah CD, Abu Samah, Suriani Abdullah, Rashid Maidin dan Rosli. Kesemua pemimpin ini yang sempat ditemui menjawab secara konsisten bahawa tempoh perjalanan mereka selama setahun empat bulan. Sebenarnya perjalanan ini terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat Pertama Dari Semantan mereka telah masuk ke hutan di Bentong seterusnya ke Raub dan berhenti di Jerkoh. Perjalanan dari Semantan ke Jerkoh telah mengambil ma...

Pesanan Keamanan dari John Lennon

Image
John Lennon dilahirkan pada 9 oktober 1940 di Liverpool, England. Lennon telah berjumpa dengan Paul McCartney dan mengajak untuk bersama dalam kumpulan muziknya. Mereka telah menjadi penulis lirik yang berjaya dalam sejarah muzik dunia. Lennon meninggalkan kumpulan the Beatles pada 1969 kemudian menerbitkan album bersama isterinya, Yoko Ono. Pada 8 december 1980 Lennon telah dibunuh oleh peminat fanatik beliau yang bernama Mark David Chapman. Semasa bergerak solo, Lennon telah menghasilkan lagu yang berpengaruh. Lagu-lagu beliau imagine, give peace a chance dan happy xmas (war is over) telah membuka mata masyarakat dunia kearah keamanan dan mentang keganasan. Walaupun kita tidak mengatakan Lennon mengubah dunia namun lagu beliau diakui memberi pengaruh tersendiri. Keamanan adalah impian Lennon sejak kecil. Perkara ini disebabkan juga oleh latar belakang beliau yang membesar semasa serangan udara Jerman dalam Perang Dunia 2. Dalam lagunya Lennon mahukan sebuah dunia tanpa keganasan...

Saat Dirimu Dihina

Image
Kita menyaksikan zaman di mana ulama – ulama yang berjasa besar dihina. Akibat perbezaan dalam masalah cabang mereka dihukum berat. Mungkin tanpa sedar kita membakar kelambu kerana gigitan nyamuk. Siapa yang suka dihina, dikritik dan dipandang hina? Mungkin ada orang yang baik menjaga dirinya dari mengata, menghina dan memandang serong kepada orang lain. Namun dapatkah dia mengelak dari dihina? Difitnah? Sangkaan buruk manusia? Mungkin tulisan ini dapat dijadikan sedikit renungan jika kita telah difitnah atau kata-kata manusia telah mengguris hati kita. Jangan ikutkan kemarahan dan usah dilayan kesedihan. Dr Aidh Abdullah al Qarni dalam bukunya la tahzan mengatakan hidup ini terlalu singkat untuk menangisi masa lalu dan risau akan masa depan. Nikmatilah hari ini iaitu realiti hidup kita sekarang. Ulama seperti Imam Ahmad dituduh dengan tuduhan yang tidak sepatutnya. Para sahabat Nabi dihina bahkan ada yang dikafirkan. Nabi Muhammad juga dihina dan digelar dengan gelaran buruk....