Perang Salib Pertama (1095-1270)
Apabila kerajaan Abbasiyah semakin merosot dan Baghdad sudah tidak menjadi pusat pemerintahan lagi, muncul kekuatan baru iaitu kerajaan Seljuk Turki. Pada abad ke-11, kerajaan Turki telah menguasai kembali wilayah-wilayah Islam di Asia Barat seperti Syria dan Mesir. Setelah menjatuhkan kerajaan Fatimiah yang telah menguasai wilayah Palestin terutama Palestin Timur, Jerusalem, kerajaan Turki mengambil alih kekuasaan keatas wilayah tersebut. Orang-orang Kristian telah merasa terganggu untuk melawat tanah suci mereka, Jerusalem. Rakyat Kristian juga telah mengadakan cerita tentang layanan buruk yang mereka terima daripada kerajaan Turki semasa melawat tanah suci mereka. Raja Byzantine, Alexius Commenus merasakan kedudukannya terancam kerana khuatir kerajaan Turki yang telah menguasai Jerusalem merampas kedudukan beliau di kota Constantinople. Menggunakan kedudukan Jerusalem sebagai tanah suci bagi orang Kristian Alexius telah menyeru orang Kristian untuk bangkit mermpas kembali ...